HARIMAU BUTA

HARIMAU BUTA

Cacat penglihatan atau Buta tidak menjadi halangan kepada lapan pemuda yang berjiwa besar mengalas tanggungjawab mewakili negara di pentas antarabangsa.

Mereka yang terdiri dari pelajar, juruurut, telefonis sanggup mengorbankan hari minggu bagi menjalani latihan sebagai persediaan program Kita Juara bersempena Sukan Para Asean yang tamat baru-baru ini.

Dikategorikan sebagai Buta B1 iaitu buta sepenuhnya, kesemua mereka mula mengenali antara satu sama lain sejak 4 tahun dan mereka merupakan juara bertahan sejak edisi sukan parasea singapura 2015.

Sebagai persediaan para asean KL2017 lalu, mereka yang diberi jolokan Harimau Buta itu, yang turut dianggotai dua individu normal sebagai penjaga gol, diserap dalam pogram Kita Juara.

Pengorbanan, usaha dan penat lelah skuad bimbingan Jurulatih Sunny Shalesh itu akhirnya berjaya merangkul pingat gangsa pada sukan Para Asean 2017 dan lebih membanggakan Harimau Buta mula dikenali ramai.

 

MBSA BLIND FUTSAL
Petugas menyediakan peralatan sebelum memulakan latihan. Peralatan asas iaitu bola yang digunakan mempunyai loceng didalamnya untuk mengeluarkan bunyi apabila ia bergolek atau disepak seterusnya para pemain akan mengejar bunyi tersebut sebagai panduan dalam permainan. Walaupun mereka buta, penutup mata tetap di pakai sewaktu permainan sebagai salah satu syarat permainan.
NT__16
Para pemain bersiap sedia sebelum memulakan latihan. Lazimnya latihan berlansung di sebuah padang milik DBKL di Brickfield.
MBSA BLIND FUTSAL
Arif kapten pasukan mengemudi rakan yang lain untuk memulakan latihan. Arif yang buta sepenuhnya sejak usia 11 tahun berpunca dari demam panas mempunyai minat yang tinggi dalam Sukan Futsal walaupun pada mulanya beliau adalah atlit olahraga. Beliau berubah kerana semangat setiakawan dikalangan ahli pasukan.
NT__1
Skuad bola sepak 5 Sebelah Buta tiba menjalani latihan di padang Brickfield.
NT__2
Azril dan Azrif tiba di Terminal Bas Bersepadu Bandar Tasik Selatan dari Alor Gajah Melaka. Mereka berdua merupakan pelajar UiTM dan akan ke KL setiap jumaat selepas waktu kuliah untuk menyertai pasukannya untuk sesi latihan dan bermain bola sepak pada paginya.
MBSA BLIND FUTSAL
Rumah transit yang disewa Rollen adalah rumah bujang kepada kumpulan ini. Dijadikan tempat solat, berehat dan berkumpul sesama mereka menjelang esok pagi untuk aktiviti seterusnya.
NT__4
Skuad bola sepak 5 Sebelah Buta menjalani latihan di padang Brickfield pada bulan puasa
NT__5
Sesi latihan berlangsung dengan penuh harmoni di bawah kendalian jurulatih Sunny Shalesh.
NT__9
Selepas berminggu menjalani latihan persiapan menghadapi Sukan Para Asean, Skuad Harimau Buta dibawa beriadah di sebuah taman tema air.
NT__10
Atlet Para bola sepak 5 Sebelah Buta menjalani sesi ujian penglihatan oleh penganjur bagi mengklasifikasikan jenis buta penghlihatan
NT__11
Sebelum memulakan perlawanan mereka bersama melaungkan keazama untuk berjuang di atas padang sehabis baik.
NT__13
Aksi mereka ketika bertarung dengan Vietnam yang turut disaksikan Menteri belia dan Sukan pada Sukan Para ASEAN 2017 di Stadium Hoki Bukit Jalil
NT__14
perlawanan mereka turut dihadiri rakan-rakan segolongan seperti mereka serta ahli keluarga.
NT__15
Keceriaan jelas terpancar pada Majlis penutup Sukan Para ASEAN dengan memenangi pingat gangsa pada edisi kali ini. Malah mereka semakin dikenali ramai dengan gelaran “The Blind Tiger atau harimau buta”

 

Being visually impaired does not stop These eight men with a big heart from bearing the responsibility to represent the country to compete internationally.

These super athletes who are made of students, masseur and telephonist sacrificed their time to commit for their training as they were busy preparing themselves for Asean Para Games which was held last year.

Categorised as totally Blind (B1), these young tigers have been together for more than seven years and they are also the defending champions in 2015 Singapore Asean Para Games. The team is also made up of two able bodied athletes as goal keepers.

Hardships and effort by coach Sunny Shalesh’s boys are paid off when they won a bronze medal in 2017 ASEAN Para Games. Not only that, they have also earned their fame as people now know who our heroic blind tigers are.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s