Gunung Sinabung, rahmat di sebalik musibah -foto Aizuddin Saad

SINABUNG : KESINAMBUNGAN HIDUP
Sebahagian penganut agama Kristian dari suku Batak Karo menyanyikan lagu keagamaan dengan penuh emosi di Desa Beganding, Karo, Sumatera Utara, Indonesia. Majoriti penduduk sekitar Gunung Sinabung terdiri dari etnik Batak Karo dan hampir 90 peratus penduduk tempatan beragama Kristian dengan pelbagai mazhab.
Canon EOS-1D Mark IV | ISO Speed:200 | Aperture:1.70 (f/1.8) |
Focal length:50.00 |Flash:No | Exposure Program:Aperture Priority | Exposure time: 1/250s
SINABUNG : A TESTAMENT OF SURVIVAL
Ahmad Pajeri 21, memetik kopi yang merupakan sebahagian daripada tanaman utama yang diusahakan oleh penduduk tempatan di Karo, Sumatera Utara, Indonesia. Tanaman kopi yang dikenali dengan nama tempatan ‘Kopi Cimbang’ merupakan produk tempatan sekitar Gunung Sinabung yang setanding dengan penghasilan kopi terkenal dari kepulauan Sumatera seperti Kopi Gayo, Kopi Sidikalang dan Kopi Simalungun mampu untuk bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa. Ini kerana kualiti dan mutu biji kopi yang dihasilkan melalui pengunaan baja organik dari debu gunung berapi Sinabung yang bertukar menjadi lumpur memberi kualiti yang berbeza daripada biji kopi yang sedia ada dari daerah yang lain.
Canon EOS-1D Mark IV | ISO Speed:200 | Aperture:1.70 (f/1.8) |
Focal length:50.00 |Flash:No | Exposure Program:Aperture Priority | Exposure time: 1/250s
SINABUNG : A TESTAMENT OF SURVIVAL
Kelihatan gunung berapi Sinabung memuntahkan lahar lava panas pada waktu malam di Karo, Sumatera Utara, Indonesia. Gunung berapi Sinabung yang terletak 1,900 kilometer dari utara Jakarta dengan ketinggian 2,460 meter masih memuntahkan debu panas sehingga hari ini serta menjadikan gunung berapi paling aktif di Indonesia.
Canon EOS-1D Mark IV | ISO Speed:200 | Aperture:1.70 (f/1.8) |
Focal length:50.00 |Flash:No | Exposure Program:Aperture Priority | Exposure time: 1/250s
SINABUNG
Sebahagian kanak-kanak menonton rancangan animasi beramai-ramai di sebuah kem penempatan sementara yang menempatkan penduduk-penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan musnah akibat letusan gunung berapi Sinabung di Desa Terung Peren, Karo, Sumatera Utara, Indonesia. Seramai 276 buah keluarga atau lebih kurang 900 orang dipindahkan dari penempatan asal, Desa Mardinding apabila seluruh kediaman dimusnahkan oleh banjir lumpur dan debu panas gunung berapi Sinabung dan menjadikan lokasi Desa Mardinding yang berhampiran dengan Gunung Sinabung dengan jarak tiga kilometer, tidak selamat untuk didiami semula.
Canon EOS-1D Mark IV | ISO Speed:200 | Aperture:1.70 (f/1.8) |
Focal length:50.00 |Flash:No | Exposure Program:Aperture Priority | Exposure time: 1/250s
SINABUNG
Biji kopi yang diperlihatkan merupakan sebahagian daripada tanaman utama yang diusahakan secara komersial oleh penduduk tempatan di Karo, Sumatera Utara, Indonesia. Tanaman kopi yang dikenali dengan nama tempatan ‘Kopi Cimbang’ merupakan produk tempatan sekitar Gunung Sinabung yang setanding dengan penghasilan kopi terkenal dari kepulauan Sumetera seperti Kopi Gayo, Kopi Sidikalang dan Kopi Simalungun mampu untuk bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa. Ini kerana kualiti dan mutu biji kopi yang dihasilkan melalui pengunaan baja organik dari debu gunung berapi Sinabung yang bertukar menjadi lumpur memberi kualiti yang berbeza daripada biji kopi yang sedia ada dari daerah yang lain.
Canon EOS-1D Mark IV | ISO Speed:200 | Aperture:1.70 (f/1.8) |
Focal length:50.00 |Flash:No | Exposure Program:Aperture Priority | Exposure time: 1/250s
SINABUNG
Seorang petani menanam sayuran di tanah pusaka milik ahli keluarganya walaupun beliau sudah tidak tinggal di kediamannya yang sudah terbiar sejak tahun 2014 selepas letusan besar gunung berapi Sinabung memaksa penduduk tempatan meninggalkan kediaman di Desa Berastepu, Karo, Sumatera Utara, Indonesia. Terdapat sebahagian penduduk masih kembali ke perkampungan yang ditinggalkan hanya untuk bercucuk tanam di atas tanah pusaka yang tidak terjejas dengan letusan gunung berapi Sinabung walaupun pihak berkuasa tempatan melarang segala aktiviti dilakukan dalam kawasan perkampungan yang sudah diwartakan sebagai zon merah.
Canon EOS-1D Mark IV | ISO Speed:200 | Aperture:1.70 (f/1.8) |
Focal length:50.00 |Flash:No | Exposure Program:Aperture Priority | Exposure time: 1/250s
SINABUNG
Kelihatan gunung berapi Sinabung meletus mengeluarkan kepulan asap di Karo, Sumatera Utara, Indonesia. Gunung berapi Sinabung yang terletak 1,900 kilometer dari utara Jakarta dengan ketinggian 2,460 meter masih memuntahkan debu panas sehingga hari ini serta menjadikan gunung berapi paling aktif di Indonesia.
Canon EOS-1D Mark IV | ISO Speed:200 | Aperture:1.70 (f/1.8) |
Focal length:50.00 |Flash:No | Exposure Program:Aperture Priority | Exposure time: 1/250s
SINABUNG : A TESTAMENT OF SURVIVAL
KARO 01 JULY 2017. Seorang petani menanam sayuran tanpa menghiraukan letusan gunung berapi Sinabung yang meletus untuk sekitar dua atau tiga kali sehari di Desa Selandi Lama, Karo, Sumatera Utara, Indonesia. Majoriti penduduk tempatan menganggap letusan yang berlaku setiap hari hanya letusan kecil dan mereka menjalani aktiviti harian seperti sediakala tanpa ada perasaan takut kepada bencana letusan gunung berapi Sinabung.
Canon EOS-1D Mark IV | ISO Speed:50 | Aperture:2.97 (f/2.8) | Focal length:24.00 |Flash:No | Exposure Program:Aperture Priority | Exposure time: 1/800s

http://www.aizuddinsaad.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s